‘Bos susu’ disukai ramai, penaja Gegar Vaganza ini pentingkan kredibiliti!

Meskipun rancangan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) sudah berakhir Ahad lalu namun bukan hanya peserta saja yang menjadi perhatian tetapi penaja rancangan itu juga!

Azmi Zainal atau turut popular sebagai Bos Susu sejak kebelakangan ini meraih perhatian netizen. Ini kerana dia tidak terikut-ikut dengan teknik pemasaran yang biasa dilakukan oleh usahawan lain ketika muncul di televisyen.

Menerusi mStar, penaja ini percaya produk berkualiti akan meraih tempat dihati pelanggan selain teknik pemasaran yang betul secara tak langsung akan membawa imej baik buat jenamanya.

‘Setiap pengasas produk mungkin ada karakter tersendiri dalam memasarkan jenama mereka, memandangkan produk kita digunakan oleh semua  peringkat usia terutamanya kanak-kanak, jadi kita kena bawa imej baik dan tak perlu nak riuh-riuh.”

“Kami mementingkan kredibiliti kerana kalau produk itu baik pasti orang akan terima dan masyarakat lebih suka jika penjual menjual sesuatu dengan lebih bersopan santun, berbudi bahasa daripada tak tentu arah.”

Katanya lagi kepada sumber, jika ingin viral itu senang kerana buat saja per@ngai tak senonoh sedikit namun itu bukanlah cara mereka.

Ini kerana, dalam perniagaan dia tidak mahu mengharapkan viral semata-mata tetapi memikirkan macam mana mahu kekalkan jenama sehinggalah dipercayai semua.

Bagaimanapun, penonton memberikan pandangan mereka bahawa penaja ini lebih mudah dikawal dan mempunyai karakter yang tenang berbanding penaja sebelum.

Bos susu disukai ramai

Menjenguk pula kelaman Facebook, ramai meninggaIkan maklum balas positif buatnya dan turut memberikan pujian akan sikap penaja ini.

Sumber: mStar Online via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*