Majlis Perkahwinan Luar Biasa, Pengantin Bersanding Di Atas Sungai

Semua pasangan raja sehari inginkan majlis perkahwinan luar biasa yang istimewa dan tidak dapat dilupakan, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk tetamu juga.

Kekangan bajet mungkin membuatkan pilihan lokasi perkahwinan terbatas, tetapi terdapat pelbagai cara yang kreatif untuk menghasilkan majlis yang unik dan mudah.

Trend yang popular.

Salah satunya ialah perkahwinan di atas atau di bawah air yang merupakan saIah satu trend popular sejak beberapa tahun ini.

Ini kerana pemandangan lautan yang indah sudah cukup menyerikan suasana majlis tanpa perlu menggunakan hiasan-hiasan ekstra.

Bersanding di atas sungai.

Baru-baru ini pula, sepasang pengantin dari Perak telah mengadakan majlis persandingan mereka dengan cara terapung di atas sungai.

Dalam video yang tular, pasangan itu dilihat sedang duduk di atas rakit sambil dikipaskan dan dipayungkan pengapit, dan dibawa arus air.

Majlis perkahwinan luar biasa itu diiringi oleh sekumpulan pemain kompang yang mengekori mereka di dalam bot. Beberapa bot lain turut membawa ahli keluarga untuk memeriahkan lagi persandingan di atas air itu.

Rakit yang membawa pengantin dihiasi dengan gerbang bunga dan dikemudi oleh beberapa individu yang berenang di dalam sungai. Pengantin bersama pengapit dan pemain kompang tuurut memakai jaket keselamatan.

Sumber: Twitter via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*