Tak jadi balik awal sebab nampak wanita kendong anak ketuk cermin kIinik, rupa-rupanya ada sesuatu Allah nak tunjuk selepas d0ktor ini t0lak jumpa jurujual susu f0rmula

SETIAP kej4dian yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Tanpa mengira masa, dug@an juga datang tidak disangka-sangka.

Walaupun kl!nik sepatutnya ditutup pada jam10 malam, seorang dktor mengambil keputusan untuk menamatkan tugasnya sedikit awal kerana sudah tiada pes4kit.

“Saya dah keluar dari kl!nik, dah masuk ke dalam kereta pun. Tiba-tiba saya terlihat seorang ibu mengendong anak kecil lalu menget0k pintu kaca kl!nik. Staf yang ada di dalam beritahu bahawa d0ktor dah keluar.

“Hmmm, tak baik t0lak rezeki, lagipun kasihan pula lihat si ibu bersama anaknya itu. Jadi saya keluar semula dari kereta, dan beri isyarat kepada staf bahawa saya akan masuk semula ke kl!nik,” tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di halaman Facebook yang mana postingnya itu dikongsi lebih 1,900 kali.

Kisah kesusahan seorang wanita bersama anak kecilnya dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin. -Gambar hiasan

Bergegas masuk semula ke kl!nik, beliau terus memanggil wanita itu bersama anaknya yang tidak berhenti menang!s ke bilik k0nsultasi tanpa perlu mendaftar dahulu.

“Nampak macam ada yang tak kena, jadi saya rasa kena per!ksa cepat. Daftar kemudian pun tak apa. Anak s4kit apa, puan? Dem@m ke? Kata saya sambil per!ksa suhu di dahi si anak. Suhunya normal.

“Si emak pula kelihatan macam orang yang serba tak kena, seperti orang tak keruan. Dalam pada itu, dia tepuk-tepuk si anak untuk cuba memujuknya. Sesekali dia dodoi. Namun anak dia tetap menang!s juga. Sebenarnya… errm.

“Saya tekun nak tunggu dia sambung cakap, tapi tak dia sambung-sambung pula. Saya sedang pandang wajahnya, dan perasan anak mata dia melilau ke sana ke mari, tapi bukan kerana melihat. Lebih kepada sedang berfikir atau menerawang,” katanya.

Keadaan wanita itu yang membisu dan kelihatan tidak keruan nyata menimbulkan tanda-tanya, menyebabkan Dr Kamarul Ariffin perlu bertanya sekali lagi dengan nada lebih tegas.

Dr Kamarul Ariffin.

Wanita itu kemudian akhirnya bersuara dan jawapan yang diberikan benar-benar mengejutkan di kala waktu menginjak ke jam 9.55 malam di mana kebanyakan 0perasi perniagaan bakal melabuhkan tirai.

“Sebenarnya anak saya ni Iapar, d0ktor. Tapi saya tak ada duit nak beli susu untuk dia. Susu dia habis. Susu badan saya tak banyak. Tak cukup untuk dia. Ni dia dah Iapar sangat.

“Kedai yang jual susu b@yi dah banyak tutup. Kalau beri si ibu ni duit pun, dia nak beli di mana.

Saya datang ni bukan nak minta duit ke apa d0ktor. Saya nak tanya kalau-kalau d0ktor ada jual susu b@yi ke, apa ke. Saya cuba nasib sahaja ni. Meremang bulu roma saya,” kata Dr Kamarul Ariffin mengimbas kembali perbualannya bersama wanita itu.

Insan-insan yang tiada kaitan dan saling tak dikenali, telah diaturkan untuk bertemu agar seorang b@yi berusia empat bulan tidak tidur keIaparan malam ini.
DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

Walaupun tiada susu dijual di kl!nik, namun beliau menjelaskan bahawa seorang jurujual susu formula ada datang ke kl!nik di sebelah petang untuk mempromosikan produk.

Namun ketika itu beliau sedang sib0k, sambil menambah kl!nik beliau tidak mengambil st0k susu formula untuk dijual.

OK tak apa, bukan rezeki sayalah hari ni nak jumpa d0ktor. Cuma, saya nak tinggalkan sampel susu ni dekat sini. Mana tahu ada rezeki orang lain,” beliau mengimbas semula kata-kata jurujual berkenaan.

Jelasnya, banyak juga sampel susu formula yang ditinggalkan oleh jurujual itu di kl!niknya. Berpaket-paket.

Perkongsian Dr Kamarul Ariffin di laman sosial.

Menurut Dr Kamarul Ariffin, beliau percaya ia bukan kebetulan kerana semuanya dah diranc@ng di atas kebesaran Tuhan yang Maha Esa.

“Insan-insan yang tiada kaitan dan saling tak dikenali, telah diaturkan untuk bertemu agar seorang b@yi berusia empat bulan tidak tidur keIaparan malam ini.

“Rezeki mengalir daripada jurujual kepada d0ktor, lalu kepada si ibu, dan akhirnya kepada si anak. Maka, saya beri sampel-sampel susu formula itu kepada si ibu,” tambahnya.

Bukan sekadar susu formula, beliau turut menghulurkan sedikit wang belanja kepada wanita berkenaan untuk membeli keperluan lain buat dirinya sekeluarga.

“Si ibu terus menutup mulut dan menang!s. Saya turut ikut berasa sebak. Bukan sed!h, tapi tumpang gembira. Benarlah bahawa dalam rezeki kita, ada rezeki insan lain.

“Maka jangan pernah berasa rugi bila memberi. Tak usah berasa berhak kepada semuanya. Rezeki yang dikurniakanNya sungguh luas, cukup untuk dikongsikan dengan semua yang ada di muka bumi ni,” kata Dr Kamarul Ariffin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber mstar