“Kami orang kampung, orang susah, bukan kami seng@ja” – Penduduk Kampung di Sabah Dik0mpaun Waktu Keluar Beli Barang Keperluan.

Jarak kampung yang agak jauh dari pekan menyuk@rkan mereka untuk berulang-alik hanya semata-mata untuk membeli barang keperluan. Namun, apabila mereka keluar dengan hasrat untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan di pekan Tenom, lain pula jadinya.

Hasrat penduduk dari beberapa kampung itu tidak kesampaian apabila mereka dikenakan k0mpaun RM1,000 selepas didapati mel@nggar prosedur 0perasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah.

Menurut FMT, kej4dian itu berlaku pada 27 Januari lepas di mana 8 orang penduduk termasuk warga emas itu ditah@n dan dibawa ke Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan k0mpaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50% penumpang seperti ditetapkan.

Bukan kesaIahan yang disengajakan 

Walau bagaimanapun, beberapa penduduk menyatakan kesedihan mereka kerana kesalahan tersebut bukanlah disengajakan. Salah seorang penduduk, Irip Pang berkata, tujuannya mengikuti perjalanan tersebut adalah untuk membeli barang keperluan cucunya yang masih kecil dan berstatus orang kurang up@ya (0KU).

Bukan saya turun untuk jalan-jalan, saya mahu membeli (barang keperluan) untuk cucu saya, susu dengan lampin pakai buang, tiada yang menjaga dia (cucu) sebab ibu dia sudah men!nggal dunia, suami saya pun sudah terlalu berusia dan tidak mampu keluar.”

Seorang lagi penduduk, Buriat Alipan berkata dia pula terp4ksa ke pekan pada hari itu kerana mahu membeli ubat kakinya yang sakit serta untuk membeli bekalan makanan.

Mereka (p0lis) beritahu PKP, tetapi macam mana saya tidak turun (ke Pekan Tenom), saya mahu beli ubat kerana kaki saya pun s4kit, sampai sekarang sakit sebab itu saya terp4ksa pergi ke pekan.”

Kami orang kampung, orang susah, bukan kami sengaja melakukan kesalahan itu, bukan keluar untuk suka-suka.”

“Mula mula tak mahu bagi, tapi kasihan” – Pemandu bas

Pemandu bas, Ruil Taligi berkata pada mulanya dia enggan mebenarkan bas itu dinaiki 8 penumpang berkenaan kerana melebihi kapasiti asal. Namun atas rasa kasihan dan simpati dengan penduduk itu kerana mereka benar-benar perlu ke pekan.

Polis memberitahu saya yang telah lebih muatan (penumpang bas), saya sudah beritahu mereka (penumpang) tetapi mereka mahu ikut juga dan saya kasihan kerana mereka bukan selalu dapat keluar untuk membeli barang keperluan.”

Saya merayu kepada p0lis yang bertugas dalam sekatan jalan raya itu, kalau boleh beri am@ran dulu atau sam@n saya seorang saja, bukannya mereka (penumpang) kerana mereka golongan susah yang hanya mahu keluar membeli barang keperluan, bagaimanapun angg0ta itu tetap mengarahkan kami pergi ke IPD (Tenom).”

Ketika artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dari pihak berkaitan termasuklah pihak p0lis berhubung perkara tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber LM