ramai sokong King Myvi

Sejak semalam, tular satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan seorang pemandu kereta Perodua Myvi merempvh palang tol di laluan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di sebuah lebuh raya.

Video tersebut dimuat naik seorang pengguna laman Facebook,  Adrian Tan sehingga menerima 7,400 tanda suka dan 7,200 perkongsian selain ribuan komen dalam kalangan netlzen.


Berdasarkan rakaman berdurasi seminit 43 saat itu, kelihatan pemandu berkenaan berulang kali menggerakkan keretanya ke depan dan berundur ke belakang supaya sistem dapat mengesan pelekat RFID miliknya.

Bagaimanapun, tindakan tersebut tidak berjaya sebelum pemandu itu akhirnya nekad untuk melnggar pal4ng tol sekali gus mengejvtkan pemilik dashcam yang berada di belakang.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen dilihat berpuas hati kerana tindakan pemandu terbabit seolah-olah mewakili suara hati pengguna lain yang ‘beng4ng’ dengan sistem berkenaan.

Dia dah pvtus asa, tol percuma untuk semua

Terbaik! Terkvlai layu palang tol

Aku pun beng4ng, sistem asyik tak kesan

 

Puas hati aku tengok!

Sebelum ini, ramai pengguna RFID menyuarakan pandangan bahawa sistem berteknologi itu tidak lancar sekali gus menyusahkan kerana mereka sering terperngkap dalam keses4kan tervk di plaza tol.

Sumber: Facebook Adrian Tan

Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*