Kahwin Dgn Wanita Biasa, Jumlah Wang Hantaran & Mas Kahwin Penyanyi Shahir Zawawi Jadi Perhatian

Wedding Center, di sini. Dalam majlis itu, Shahir yang juga juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) menyerahkan hantaran berjumlah RM20,000, manakala mas kahwin sebanyak RM300.

Shahir meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis akad nikah yang turut disaksikan keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua belah pihak. “Alhamdulillah, syukur segalanya sudah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit”. “Sebelum bernikah memang ada rasa gem3ntar, tetapi selepas semuanya selesai saya kini berasa lega. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hyat,” katanya.

Majlis itu turut disaksikan jurunikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai dan bapa Shahir, Zawawi Abdullah dan dua anggota keluarga. Pihak keluarga pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran, manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang. Terdahulu, Shahir mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman keluarga Jaskin di Tawau, Sabah.

Sumber:info.rentasasia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*