“Pulang lah Syamira..”Kakak cuba t4han.. Keluar beli air kerana haus..Nor Syamira hil4ng lebih 48 jam

Kuala Lumpur: “Jika dia dipksa, saya minta jasa baik pihak terbabit untuk pulangkan anak saya dengan selamat. Tapi jika dia pergi dengan rela, saya cuma nak dia balik,” kata Ahmad Anafiah Ibrahim, 47, bapa kepada Nor Syamira yang dipercayai hil4ng sejak Jumaat lalu.

Nor Syamira, 20, yang bekerja di sebuah pusat peranginan di Kuala Tahan, Pahang, disedari hilng apabila tidak pulang ke rumah selepas habis bekerja kira-kira jam 5 petang.

Ahmad Anafiah berkata, anak kelima daripada lapan beradik itu keluar rumah ke tempat kerja bersama kakaknya dengan menvnggang motosikal.”Kira-kira jam 4 petang, Syamira beritahu kakaknya yang dia mahu keluar membeli air.

Pada mulanya kakak menghal4ng dan memintanya tunggu sehingga habis waktu kerja, tapi dia beritahu dahaga.

“Jadi dia terus keluar dan apabila habis saja waktu kerja, kakaknya mendapati Syamira tidak balik ke pusat peranglnan itu dan menyangka motosikalnya kehabisan minyak.

”Kakaknya kemudian pulang ke rumah dan bertanya sama ada Syamira sudah pulang kerana tidak kembali ke tempat kerja. Kami cuba menghubungi telefon bimbitnya tapi ggal lalu saya keluar mencari di kawasan sekitar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ahmad Anafiah berkata, hanya motosikal yang ditemui di tepi jalan kira-kira 400 meter dari pusat peranginan itu.Susulan itu, Ahmad Anafiah membuat lap0ran di Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Jerantut pada hari sama selain turut membuat hebahan di media soslal bagi meminta bntuan orang ramai mengesan anaknya itu.

Katanya, sehingga kini tiada khabar berita mengenai kehilngan Syamira namun keluarga berharap anaknya itu dapat ditemui dengan segera.”Saya sangat berharap dia kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Saya sedar saya tidak mampu memberi Syamira dan anak-anak lain kemewahan, tetapi saya bersyukur kerana berpeluang menjaganya selama 20 tahun,” katanya.

Sumber:metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*