Tamat pengajian, Fattah Amin dapat Anugerah Dekan

Aktor dan penyanyi, Fattah Amin berkongsi momen kejayaan apabila menerima Anugerah Dekan bagi semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pelakon berusia 32 tahun itu memuat naik foto dan video ketika menerima sijil anugerah tersebut di sebuah hotel di ibu negara, semalam. Majlis penyampaian Anugerah Dekan.

Memetik laporan mStar Online, selain pelakon filem Mat Kilau itu, rakan artis seperti Amir Masdi, Tomok, Haziq, Pekin Ibrahim selain beberapa pengurus artis serta wartawan hiburan turut menerima anugerah sama.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut memberikan ucapan tahniah buat Fattah atas kesungguhan dan usaha keras sebagai penuntut sehingga berjaya tamat pengajian jarak jauh (PJJ).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Ini kerana walaupun sibuk dengan jadual anak seni, dia masih mampu membahagikan komitmen terhadap pembelajaran apatah lagi bergelar seorang suami serta bapa.

Difahamkan, suami kepada aktres popular Fazura itu berhasrat untuk menyambung ke peringkat sarjana namun masih belum mempunyai perancangan dalam masa terdekat.

Penat lelah Amir akhirnya terbayar. “Saya ini anak bongsu, apabila adik-beradik lain ada ijazah, mestilah saya pun terdorong nak ikut jejak mereka.

“Bukan mudah nak mengharvngi segala cabaaran. Terpaksa bahagi masa untuk kelas, perniagaan dan juga lakonan,” ujarnya. Sama seperti Pekin, Fattah juga berdepan dengan pelbagai c4baran sepanjang tempoh kuliah namun kejayaan ini memb4kar semangatnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

Pekin berjaya gengg4m segulung ijazah. “Syukur Alhamdulillah akhirnya tamat pengajian. Rasanya sepanjang tahun 2017 adalah tempoh paling svkar sebab ketika itu saya terlibat dengan banyak penggambaran.

“Saya ada niat untuk sambung ke peringkat seterusnya tpi belum ada perancangan dalam masa terdekat,” katanya. Pada acara itu, Dekan Fakulti Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM, Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin turut hadir menyampaikan anugerah kepada semua penerima.

Sumber ohmymedia dan mstar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*